BIRO AGAMA, DAKWAH DAN KEBAJIKAN,

PERTUBUHAN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA,

CAWANGAN KG. KOK PASIR, TUMPAT

D/a No. 100 Jln Perhentian Keretapi Kg. Kok Pasir,

16040 Palekbang, Kelantan.

                                                                                                   Ruj: BA/GB4B/KP/(   81  )

                                                                                           Tarikh:   19 April 2002

Ke majlis,

 

Tn. Hj. Mohd Marzuki bin Ismail –Pengerusi.

 

Tuan,

 

Mesyuarat AJK Tabung Kebajikan Kali Kedua 2002

 

Dengan hormatnya tuan dipersilakan hadir ke Mesyuarat Ajk Biro Agama, Dakwah dan Kebajikan Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Kg. Kok Pasir sepertimana berikut:

 

           Tarikh:      26 April 2002  ( Hari Jumaat)

 

            Masa:       Selepas Sembahyang Jumaat.

 

            Tempat:    Masjid Kg. Kok Pasir.

 

2.       Agenda mesyuarat:

 

2.1                  Kata-kata aluan pengerusi.

2.2                  Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat yang lepas.

2.3                  Perkara-perkara berbangkit.

2.4                  Laporan  Ketua Sektor.

2.5                  Laporan Kewangan.

2.6                  Penetapan tempoh Yuran Ahli dan surat pemberitahuan. (rujuk di belakang surat ini)

2.7                  Hal-hal lain.

 

3.       Memandangkan mesyuarat ini adalah penting dan memerlukan semua Ketua Sektor dan Ajk hadir , diharapkan tuan tidak menguzurkan diri.

 

Sekian, terima kasih.

 

Saya yang menjalankan tugas,

 

……………………..….

(RAMLE BIN ISMAIL)

Setiausaha Biro Agama, Dakwah dan Kebajikan,

Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Kg. Kok Pasir,

 

s.k:

 

i.                     Ketua Cawangan GB4B Kok Pasir.  }  Tuan dijemput hadir

ii.                   Setiausaha Cawangan GB4B Kok Pasir,       }  Tuan dijemput hadir.

iii.                  Pengerusi Biro

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pindaan perlu dibuat terhadap;

 

Fasal 3.3 – Yuran Tabung Kebajikan.

 

Mana-mana ahli yang tidak menyerahkan (menjelaskan) yuran mereka selama tiga bulan berturut-turut akan dihubungi* oleh Ajk (Ketua Sektor) untuk mendapat maklum balas sama ada masih berminat untuk menyertai Tabung Kebajikan atau sebaliknya.  Sekiranya ahli tersebut tidak lagi berminat untuk menjadi ahli, segala yuran yang telah dibayar TIDAK akan dikembalikan dan sekiranya berlaku kematian dalam keluarga tersebut, bantuan (Sumbangan) tidak akan dikeluarkan  kepada mereka.

 

 

 

*Surat pemberitahuan.

 

  1. Surat pemberitahuan kali pertama.
  2. Surat pemberitahuan kali kedua.
  3. Surat pemberhentian keahlian.