TABUNG  KEBAJIKAN      

GB4B KOK  PASIR, TUMPAT,  KELANTAN

 

   Home

   Sejarah

   Latar Belakang
   Perlembagaan
   Ajk
   Keahlian
   Faedah
   Sumber
   Sektor 1
   Sektor 2
   Sektor 3
   Sektor 4
   Sektor 5
   Sektor 6A
   Sektor 6B
   Sektor 7
   Sektor 8
   Sektor 9
   Sektor 10
   Surat-Menyurat
   Makluman

Laman Ediramle |    Panduan Makmal |    Tumpat Sana Sini   |
E-sajak | Egroups Pilihan IT KelantanKelantan Sana Sini |

 


Biro Agama, Dakwah Dan Kebajikan,

Pertubuhan Gerakan Belia 4B Malaysia,

Cawangan Kg. Kok Pasir, Tumpat,

D/a. No. 100 Jln Perhentian Keretapi, Kg Kok Pasir,

Palekbang, Kelantan

Tel: 09-  7511099 SU  - Khairat@Capcity.com   ;  edi@geek.com

http://khairat.topcities.com

 

PERLEMBAGAAN TABUNG KEBAJIKAN

BIRO AGAMA, DAKWAH DAN KEBAJIKAN

GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA CAWANGAN

KG KOK PASIR, TUMPAT, KELANTAN 

Fasal 1 – Tujuan 

Tabung Kebajikan ini diwujudkan bertujuan untuk membantu meringankan perbelanjaan pengkebumian bagi setiap kematian dalam sesebuah keluarga ahli sebagaimana yang ditetapkan di dalam perlembagaan ini. 

Fasal 2 – keahlian 

1.                  Keahlian Tabung Kebajikan ini terbuka kepada semua keluarga yang mendiami sesebuah rumah di Kampung Kok Pasir. Kg. Hutan Jambu, Kg. Belian, Kg. Tok Ndek dan kampung-kampung lain yang berdekatan.

 2.                  Bilangan ahli yang menyertai Tabung ini adalah tidak terhad.

 3.                  ketua keluarga yang mahu  menjadi ahli hendaklah mendaftarkan namanya, nama tanggunganya , lengkap dengan nombor ked pengenalan dan umurnya. Kalahiran anak-anak baru selepas didaftarkan juga dikira sebagai tanggungan ahli bagi maksud tabung ini.

 4.                  Keahlian adalah dikira setelah borang keahlian diserahkan bersama bayaran pendaftaran.

 5.                  Bayaran pendaftaran ahli RM 5.00 dan bayaran bulanan berikutnya sebanyak RM 2.00 sebulan.

 

Fasal 3 – Yuran Tabung Kebajikan. 

1.                  Tabung kebajikan ini mengenakan yuran secara bulanan.

 2.                  Jumlah pungutan Tabung ialah sebanyak RM 2.00 pada setiap bulan.  Setiap ahli hendaklah menyerahkan yuran tersebut pada minggu pertama setiap bulan kepada ketua kumpulan masing-masing mengikut sector yang ditetapkan.

 3.                  Mana-mana ahli yang tidak menyerahkan yuran mereka selema tiga bulan berturut-turut akan dihubungi oleh ajk untuk mendapat maklum balas sama ada masih berminat untuk menyertai tabung kebajikan atau sebaliknya.  Sekiranya ahli yang tersebut tidak lagi berminat untuk menjadi ahli, segala yuran yang telah dibayar TIDAK akan dikembalikan dan sekiranya berlaku kematian dalam keluarga tersebut, bantuan (sumbangan) tidak akan dikeluarkan kepada mereka.

 4.                  Wang yang terkumpul akan digunakan untuk membeli peralatan pengurusan jenazah.

 5.                  Setiap kematian mereka yang layak menerima bantuan tabung ini , akan diberikan bantuan peralatan pengkebumian ataupun wang tunai sebanyak RM 150.00

 6.                  Dalam sesuatu tempoh tertentu, sekurang-kurangnya 2 set peralatan akan disimpan dan wang tunai di tangan bendahari perlu berbaki sebanyak RM 300.00 , wang selebihnya hendaklah dimasukkan ke bank.

 7.                  Sekiranya berlaku kematian terhadap bayi atau kanak-kanak, tabung hanya akan mengeluarkan peralatan pengurusan pengkebumian sahaja, tidak boleh diganti dengan wang tunai.

 8.                  Setiap ahli boleh menjelaskan yuran secara bulanan atau setahun sekali dengan kadar yang sama iaitu RM 2.00 setiap bulan atau RM 24.00 setahun.

 

Fasal 4 – Bantuan Dikeluarkan

  1.                  Bantuan akan dikeluarkan apabila saja berlaku kematian ke atas keluarga yang menjadi ahli  yang membayar yuran penuh.

 

Fasal 5 – Kaedah Bantuan dikeluarkan

  1.                  Apabila berlakunya kematian dalam keluarga ahli, seseorang AJK yang dipertanggungjawabkan akan menyerahkan peralatan pengkebumian seperti berikut sebaik sahaja mendapat makluman berkenaan kematian tersebut.

 i.                     Papan lon

ii.                   Kain kapan

iii.                  Kapas

iv.                 Pinggan  4 biji

v.                   Kain serban 11 helai

vi.                 Sabun mandi

vii.                Air mawar

viii.              Kemenyan

ix.                 Kapur barus 4 keping

2.                  Sekiranya kedudukan kewangan Tabung mengizinkan, kemudahan-kemudahan lain juga akan disediakan sebagaimana yang akan diputuskan oleh AJK dari masa ke semasa.

 Fasal 6 – Tanggungan 

Orang-orang yang ditanggung oleh ahli dipanggil tanggungan dan dia berhak menerima bantuan khairat sekiranya memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan.

 Tanggungan ialah orang-orang yang ditanggung oleh ahli sendiri.

 Antaranya; 

a.                   Isteri atau suami kepada ahli.

b.                  Orang yang tinggal tetap dalam sesebuah rumah dan ditanggung oleh ahli. Mereka boleh jadi anak-anak, ibu bapa, mertua atau anak angkat, bapa angkat, ibu angkat dan lain-lain.

 Peringatan 

a.                   Anak-anak ahli yang berkahwin dan berpindah ke rumah lain yang keluarganya tidak menjadi ahli adalah tidak lagi dikira sebagai tanggungan ahli.

b.                  Ibu atau bapa atau ibu mertua dan bapa mertua kepada ahli adalah layak menerima bantuan tabung walaupun mereka tinggal berasingan dengan ahli. Sekiranya terdapat lebih daripada seorang anak mereka yang menyertai tabung ini, hanya anak yang lebih tua sahaja yang layak menerima bantuan tabung.

c.                   Sesiapa sahaja yang meninggal di rumah ahli adalah juga layak diberi bantuan tabung kecuali lon hendaklah dibayar.

d.                  Tanggungan – sesiapa sahaja yang di bawah tanggungan ahli adalah dikira sebagai tanggungan dan sekiranya berlaku kematian terhadap mereka walaupun di mana mereka meninggal, bantuan juga akan diberi.

e.                   Segala kemusykilan ahli hendaklah dikemukakan kepada Ahli Jawatankuasa Tabung Kebajikan yang telah dilantik.

Fasal 7 – Penama

 

1.                 Jikalau berlaku kematian ke atas ahli, maka warisnya yang terdekat dikehendaki meneruskan yurannya.  Jikalau tidak dijelaskan selama tiga bulan berturut-turut perberhentian keahlian juga sepertimana ahli-ahli yang lain.

2.                  Jika berlaku kematian dalam sesuatu keluarga ahli, yuran untuk bulan kematian itu juga perlu dibayar sepertimana biasa.

 Fasal 8 – Perpindahan ahli atau ahli keluar

 Ahli yang berpindah ke kawasan lain masih dianggap sebagai ahli kecuali ahli tersebut ingin berhenti atau gagal menjelaskan yuran selama tiga bulan berturut-turut sebagaimana yang disyaratkan pada fasal 3.3

 Fasal 9 – Pindaan Peraturan

 1.                  Sebarang pindaan peraturan ini hanya boleh dibuat setelah diadakan mesyuarat dan dipersetujui sekurang-kurangnya oleh 2/3 daripada  ahli yang hadir.

2.                  Mesyuarat Agung Tahunan akan  diadakan sekali setahun.

 Sekian.

 

 RAMLE BIN ISMAIL                                           HJ. MOHD MARZUKI ISMAIL

Setiusaha Tabung    Kebajikan                                 Pengerusi Tabung kebajikan

 

 

Doakan agar kami sentiasa dikurniakan kekuatan supaya dapat meneruskan tanggungjawab kebajikan ini.

 

                       © 2002  Ediramle Ismail, Kok Pasir, Tumpat, Kelantan