TABUNG  KEBAJIKAN      

GB4B KOK  PASIR, TUMPAT,  KELANTAN

 

   Home

   Sejarah

   Latar Belakang
   Perlembagaan
   Ajk
   Keahlian
   Faedah
   Sumber
   Sektor 1
   Sektor 2
   Sektor 3
   Sektor 4
   Sektor 5
   Sektor 6A
   Sektor 6B
   Sektor 7
   Sektor 8
   Sektor 9
   Sektor 10
   Surat-Menyurat
   Makluman

Laman Ediramle |    Panduan Makmal |    Tumpat Sana Sini   |
E-sajak | Egroups Pilihan IT KelantanKelantan Sana Sini |

 

Tabung Kebajikan GB4B kok Pasir diwujudkan di bawah Biro Gerakan Belia 4B Cawangan Kg. Kok Pasir pada 28 September 1997 pada mesyuarat yang diadakan di Rumah En. Sidi Ahmad Yusoff , bendahari GB4B Kok Pasir yang kemudiannya turut dilantik sebagai Bendahari Tabung. 

 

Mesyuarat membincangkan perlembagaan Tabung dan membincangkan tentang pembahagian sektor-sektor bagi memudahkan pengurus badan kebajikan ini. Pada mesyuarat pertama diwujudkan sebanyak 8 sektor dangan diketuai oleh 8 orang ketua sektor yang berada dalam kawasan masing-masing.

 

Perlantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan setiausaha serta penolong setiausaha dan Ajk turut diadakan. Naib Pengerusi GB4B Cawangan Hj. Mohd Marzuki Ismail sebagai pengerusi , Ustaz Che Kasim Husain salah seorang penasihat persatuan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi , manakala Setiausaha GB4B kok pasir ketika itu EdiRamle Ismail
dilantik sebagai Setiausaha.

Seramai 30 orang Ajk dilantik bagi menanggotai tabung ini bagi menjalankan tugas-tugas kebajikan dan mendapatkan idea serta pandangan. Kebanyakannya terdiri daripada lembaga penasihat GB4B Kok Pasir dan pemimpin-pemimpin kampung seperti ustaz-ustaz dan penghulu tanpa mengira fahaman politik.

Semua Ajk yang dilantik memainkan peranan masing-masing dalam melaksanakan tanggungjawab persatuan

 

Mesyuarat pada awalnya dijalankan sekali setiap bulan secara bergilir-gilir dari rumah ke rumah . Sebelum dimulakan mesyuarat diadakan majlis membaca surah Yassin dan sedikit tazkirah kemudian diteruskan dengan mesyuarat Ajk mengikut agenda. Bagaimanapun kekerapan mesyuarat kemudiannya dikurangkan kepada 2 bulan sekali dan mengikut keperluan.

 

Tabung berjalan dengan lancar dan membekalkan peralatan  pengurusan Jenazah kepada ahli dan bukan ahli. Ahli dan keluarga ahli adalah menerima sumbangan peralatan secara percuma , manakala kepada bukan ahli peralatan dijual dengan harga pasaran semasa.  Hasil Yuran dan penjualan peralatan digunakan sepenuhnya untuk membeli kayu dan peralatan pengurusan dari masa ke semasa.

 

Sehingga kini (Mei) 2002 Tabung telah membekalkan kemudahan peralatan pengurusan Jenazah sebanyak lebih 120 kepada ahli dan bukan ahli.

 

Antara aktiviti kebajikan yang lain ialah dengan mengadakan nama-nama lorong serta jalan dan melabelkannya. Tabung juga telah mengadakan gotong-royong membersih kampung, membersih kubur Selehor, Menziarahi penduduk yang sakit, membaca Yassin juga menganjurkan ceramah-ceramah agama.

 

Pertambahan 2 sektor baru iaitu Sektor 6B dan sektor 10 membuatkan Tabung kebajikan kini terdiri daripada 11 sektor.

 

 

Mendaftar di egroups Kebajikan


                       © 2002  Ediramle Ismail, Kok Pasir, Tumpat, Kelantan